Saturday, January 4, 2014

Alhamdulilah...

Alhamdulilah...Allah masih berikan aku peluang untuk terus hidup. Mungkin Allah masih memberikan aku peluang untuk memperbaiki kekurangan diri. Alhamdulilah...sebab keputusan peperiksaan aku agak memuaskan bagi aku. Usaha dan kerja keras semester lalu akhirnya membuahkan hasil...

Alhamdulilah..sebab aku diberi peluang yang awal dari rakan-rakan seusia ku yang lain untuk merasai menjadi seorang isteri. Mungkin ada orang cakap, " dia tu da gatal, sebab tu nak khawin awal"..:) apa-apa jak la pendapat kamu, tapi aku percaya ini jodoh dari Allah...Yalah..jodoh yang aku terima bukannya kerana zina dan bukan pula datangnya dari jin. Menjadi isteri ini banyak faedah, terutama jaminan pahala. Ambilkan segelas air putih jak, dah besar pahalanya.

Alhamdulilah..sebab Allah berikan peluang untuk aku meneruskan azam dan impian ku. Azam tahun ini tak banyak tapi InsyaAllah akan diusahakan.

Sekarang pun, umur da meningkat jadi diri pun mestilah matangkan. Jadikan peristiwa lalu menjadi pegajaran. InsyaAllah, takkan tersesat jalan.

Dalam hidup ini kalau nak berjaya dan bahagia ni, mudah saja, yang penting jaga hubungan. Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan. Jangan sesekali ada rasa dengki sebab dengki ni la yang akan membunuh diri..Nak buat apa pun Allah takkan berkati. Bila ada orang yang menyakiti kita atau tidak menyukai kita, diamkan saja....usah buang masa dan tenaga untuk bertikam lidah atau berperang dengan mereka. Biarkan mereka..mungkin dengan mengata atau menyakiti kita mereka merasa lebih bahagia. Dapat pahala bila bahagiakan orang-orang disekitar kita ni.

Kalau nak apa-apa dalam hidup ni yang pertama tempat kita mengadu ialah Allah S.W.T. InsyaAllah dapat kalau rezeki kita. Sebab apa benda kat dunia ni kalau ditakdirkan milik kita, ia pasti akan datang kepada kita sungguhpun ada ornang yang cuba merampasnya, sebab itu dah memang milik kita. Oleh itu, berdoalah setiap hari kepada Allah...

Monday, October 28, 2013

Motivasi Untuk Ualangkaji...

Lama da aku tak update cerita kat blog kan..kenapa menyepi??. Sebab aku lupa password email sendiri. Tp sekarang da ingat pun.. Kali ni entry aku tentang motivasi. Iaitu motivasi untuk terus belajar. Yala..sebab hari rabu ini bersamaan 30/10/2013 aku akan menduduki peperiksaan yg pertama untuk semester ini, iaitu kertas pendidikan Jasmani dan pada keesokan harinya pula kertas PSV3105.  Kedua-dua kertas ni aku da habiz ulang kaji tapi masih lagi terawang-awang. Harap Allah kembalikan segala ilmu ketika dimedan peperisaan kelak.

Sekarang ni aku ulangkaji subjek Linguistik iaitu kira subjek "killer", untuk pelajar major bahasa Melayu. Sepanjang aku hadiri kuliah semester ni banyak benda yang aku tak faham, tapi bila da buat revision sndiri untuk exam ni aku da faham. Nak tanya tentang apa?? tentang hubungan paradigmatik dan sintagmatik..aku blh tlong jelaskan kalu sukar nak faham. Nak tanya tentang fokus kajian setiap perkembangan bidan Linguistik mengikut zaman, aku da blh terangkan sikit-sikit. Nak tahu antara semua zaman tu, zaman mana yang banyak membuat kajian tentang linguistik, aku da boleh bezakan. Aku sangat excited untuk terus menghabiskan bab yang terdapat dalam BMM3107 ni, entah kenapa.

Namun begitu, EDU dan BMM3108 aku belum sentuh lagi. Tak pa, kita harus bijak menyusun strategi untuk mengutamakan yang mana harus dipelajari terlbih dahulu. Hmmm...nanti aku update tentang study week aku ya...sekarag ni masih sibuk lagi dating dengan En. Linguistik... :)


Sunday, June 2, 2013

My Big Day.. :)

Da lama tak buat entry sebab sibuk sikit..kali ni cuma nak buat entry bergambar jak..gambar-gambar masa aku sanding hari tu..Jom layanzzZZ....


 Igal2x dance... by : me & En. Suami


Sultan N Permaisuri


 Singahsana



Kek ni mummy yang buat sendiri. TQ mom..


" Abang nak turun kejap p merokok ". Kata En. suami.


Tengok tu..


Ramah-mesra dengan tetamu yang hadir






Terima Kasih kerana sudi datang

Thursday, May 23, 2013

My Holidayyyyy.......

Cuti sem da pun bermula. Setelah menamatkan kertas peperiksaan terakhir untuk sem ni, akhirnya aku memutuskan untuk bercuti di LD. Perjalanan ku agak panjang tetapi aku rasakan singkat. Pukul 5 pagi lagi aku da bertolak dari kampus tercinta. Kenapa awal sangat??. Awal sebab nak hantar kawan pegi airport dulu. Dia ada flight pukul 7 a.m, jadi kena dahulukan dia.

Kalau aku jam berapa2 jak boleh gerak. Pukul 7 a.m, 8.00 atau 12.o0 p.m pun boleh. Sebab aku belum beli tiket lagi. Aku xpulang dengan flight tapi naik bas jak bersama kawan sekelas Aiyyue.  Perjalanan kami bermula pukul 7.00.a.m dan sampai pukul 2.30 p.m. Bagi aku xla lama sangat sebab biasanya kalau aku pulang semporna ambil masa 10 jam duduk dalam bas. Aiyyue turun kat Fajar, tinggallah aku sendiri dalam bas, aku nak turun kat Taman Aman Jaya, tapi bas tu terlajak entak kemana.. Pa lagi cepat2 la aku p sound tu Pak cik pemandu, dia ckp tempt tu belum sampai lagi. Aku pun  cakap la, " Tak pa la, saya turun kat sini jak". Pak cik tu cakap tak boleh, nanti lpas trafic light baru boleh berhenti. Dalam hatiku " Baiklah". Sabar jak ni. Maklumlah belum biasa lagi dengan bandar LD ni.

Lepas jak aku diturunkan di tepi jalan, suami tercinta pun datang ambil. Untuk selama dua hari ni aku stay kat My INN Hotel. Bila suami pi kerja waktu pagi, aku akan pergi sarapan sorang-sorang kat My Cafe di tingkat 8 hotel. Lepas sarapan akau akan balik bilik. Aktiviti aku kat bilik cuma tengok TV, On9. dan tenagok You Tube. Sampai la suami pulang kerja.

Bila malam, aku dan suami akan kuar dating. Upsss!!, tiba-tiba ni aku tukar profesion kepada bikers. Hek3X...Malam tu suami tercinta bawa aku ke satu tempat makan, entah lupa da apa nama tempat tu. Tapi, tempat tu ala2 bar gitu, tapi bukan bar ramai gak orang yang bawa keluarga ke sana. Lepas makan suami bawa aku pegi tempat dia biasa lepak dengan kawan-kawan bikers dia. Kakak punya restoran tu memang peramah. Memang senang la bergaul dengan mereka.

Esoknya pun sama, aku p sarapan kat tempat yang sama tanpa suami. Maklumlah dia kan p kerja. Lepas tu aku balik bilik macam biasa. Malamnya kami p kuar untuk dating lagi. Yeahhh!!. Kali ni kami pergi ke Secret Recepie. Lepas makan malam tu kami balik awal, sebab suami ada hal penting tiba-tiba. Sebagai isteri yang memahami aku pun OK jak la.

Esok paginya, aku kemas-kemas semua barang. Lepas tu pi sarapan tempat biasa. Lepas sarapan aku tak balik bilik aku jalan sorang-sorang ke Servey..Pukul 11.30 a.m aku Chek Out. Jam 12 p.m suami datang ambil dan hantar aku ke terminal  bas Kunak. Kenapa?? sebab suami aku ada hal kena selesaikan, lagi pun dia belum cuti lagi. Aku pun naik bas la balik Kunak. 

Bila sampai Kunak, alamak!! nak naik apa balik rumah ni???. Kol suami, dan terpaksalah aku naik peribit sapu. Sepatutnya didi yang datang ambil tapi dorang ada kerja. Tak pa inilah masanya untuk aku berdikari. Kalau dulu aku tak mungkin akan naik peribit sapu sorang-sorang. Bapa atau abang pasti akan hantar dan ambil. Tapi kehidupan inilah yang aku mahukan. Aku berjalan ke mana aku mahu dan berdikari tanpa perlu bergantung kepada keluarga sepenuhnya. Tengoklah, akibat sejak kecil aku dihantar-diambil. Kemana pergi pasti ada yang teman, nak naik peribit sapu jak pun aku tak pandai. Tapi...umur da 20 tahun.

Akhirnya, aku pun selamat sampai kat umah Mummy. Samapi umah terus kol mama. Minta mama datang Kunak. Sebab rindu masakan mak. Nummy..nak makan masakan mak. 

Tapi percutian aku tak berakhir disini sebab aku ada banyak perancangan untuk cuti kali ni. Thanks to my husband sebab benarkan saya kemana saya suka :). Sayang abang...



Ni la tempat sarapan tu.. Sunyi dan sepi...



Da kenyang..balik bilik..On9..


Ku sendiri, menikmati sarapan pagi (^!~)


Pemandangan dari aras 7 tingkat hotel.. Cantik kan??


Semua boleh nampak..

Hotel ni berhadapan dengan taman perumahan jak..


(#!#)



Terhibur jugak hati ini....


Sebelum sarapan kita ambil pic dulu..



Apa ada hidangan tambahan? Dunhill?


Ni saya punya...


Kami bukan honeymoon, kami cuma dating..


Me & U


My Heroo..Luv U


Minum banyak-banyak supaya gemuk lagi..




Ni pun saya punya..


Kenyang da...


Sebelum kyar dating kita melawa dulu..


Tak da orang nsk yolong ambil, jadi ambil pic sndiri la..


Me..


Bilakah hero saya datng..??


Monday, May 20, 2013

Semua Pasti Ada Hikmahnya...

Apa yang aku lalui selama sebulan ini memang sangat menguji kekuatan hati dan emosi ku. Allah itu maha adil. Sekiranya kita bersyukur dan bersabar atas segala ujian yang diberikan olehnya, pasti ada berita yang lebih membahagiakan. 

Hati ini terasa lapang apabila semuanya telah selesai. Alhamdulilah. Allah itu maha merancang dan ujian yang Allah berikan datang dalam pelbagai keadaan, cuma kita perlu kuatkan hati, ingat PadaNya dan percaya semua itu adalah untuk mematangkan diri sendiri.

Banyak benda yang aku pelajari semester ni. Pasti aku takkan lupakan semua ini. Cuma peringatan untuk semua..Allah itu maha adil, Allah akan melihat setiap keburukan yang kita lakukan mahupun sebesar zarah. Biarlah mereka yang berhati malaikat itu bergembira dengan apa yang mereka lakukan. Aku da tak fikir semua tu. Yang penting aku tak pernah menggangu kehidupan orang lain.

Kalau benar diri baik, pasti takkan orang lain sakit hati dengan perbuatan yang dilakukan. Kalau satu dua orang yang cakap mungkin tak betul.Tapi apabila ramai yang berkata demikian, mungkin ada kebenarannya. Manusia itu tidak terlalu buta sehinggan tidak boleh melihat keburukan yang dilakukan mu, cuma orang malas nak cakap. Jadi orang-orang hanya berdiam diri dan biarkan engkau terus berdrama sendiri. Tapi untuk peringatan, orang yang telah kau sakiti pasti takkan pernah melupakan setiap perbuatan mu sungguhpun mereka telah memaafkanmu. 

Sekiranya, kau bergembira atas kesedihan orang lain hari ini pasti suatu hari nanti kau akan mersakan hal yang sama. 

" Jika ada diantara kamu seratus orang yang sabar nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang dan jika diantara kamu ada seribu orang yang sabar nescaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang dengan izin Allah " ( al-Anfat 66 ).

Jadikannya pegangan, pasti hatimu merasa lapang....Ucapkan Alhamdulilah disetiap titik kebahagian yang engkau dapatkan. :)


Thank Allah.. :)

" Setiap berlakunya sesuatu pasti ada sebabnya.. "


Let's say Alhamdulilah...


" Bertenang disetiap masalah yang mendatang Dan Lemparkanlah sebuah senyuman..."

Sunday, May 19, 2013

Esok Last Paper PSV3104

Esok adalah kertas terakhir bagi aku dalam sem ni.  Tapi, serius aku da xda mood nak duduk exam. Walau macam mana pun aku paksa diri juga untuk membaca nota-nota yang berkaitan dan menjawab sedikit latihan. 

Harap dipermudahkan untuk esok. Masa cuti banyak benda yang aku nak buat. Istimewanya, cuti ni aku ada photo shoot. Baiklah, saya da bersedia untuk itu. Kali ni aku nak isi masa cuti ku dengan pelbagai aktiviti yang aku nak buat. I'm Coming Home.....

Tapi.....aku nak balik mana???. Nak balik Lahad Datu, Kunak atau semporna??..Kalau balik Semporna, kat umah xda mama pun..Kalau balaik Kunak, ada mummy, daddy, N adik-adik. Tapi sana xbnyak aktiviti blh buat. Kalau ada pun, mungkin tengok TV, layari internet atau belajar masak. Hahaha.. masak??. Masak sikit2 tu aku boleh la.

Kalau balik LD ada suami tercinta. Boleh kuar dating hari-hari dengan dia. Tapi xtau nak balik mana lagi kena tanya suami ngan mama dulu la. Walau apa pun perjuangan esok harus diteruskan. Yeahhhhh!!!.

Friday, May 17, 2013

Perpustakaan Dalam Rumah :)

Memiliki perpustakaan dalam rumah sendiri adalah salah satu keinginan ku. Kenapa??. Oleh sebab aku suka dengan buku-buku, tak kiralah buku apa pun. Buku akademik, majalah, buku motivasi dan lain-lain. Akan aku cuba tunaikan keinginan aku ini. Pastinya suatu hari nanti. Aku excited sangat kalau p tempat yang banyak buku, macam kedai buku, perpustakaan. Suka sangat.....

Memiliki ruang perpustakaan dirumah ni juga merupakan salah satu didalam rekaan ruang dalaman buat masa kini, tetapi agak kurang la. Sebab tak ramai yang suka membaca buku. Lagi pun, Tun Dr. Mahathir sendiri pernah menyarankan agar rakyat Malaysia mewujudkan sebuah perpustakaan di rumah. Lagi pun aku memang mengumpul koleksi buku-buku tapi sekarang ni lebih kepada akademik dan buku motivasi. 

Sebenarnya, trend mewujudkan perpustakaan didalam rumah merupakan sesuatu yang telah biasa bagi masayarakat diluar negara terutama negara Barat. Hampir kesemua mereka yang berkemampuan akan mewujudkan perpusatakaan dirumah sendiri. Mereka akan menyimpan buku-buku lama. Apabila sipemilik meninggal, buku-buku tersebut akan didermakan kepada pihak-pihak tertentu. Jadi apa salahnya kita mengikuti trend yang bermanfaatkan.

Jadi, apa salahnya aku berkeinginan untuk memiliki perpustakaan sendiri dirumah kan?. Walaupun kecil, mungkin itu satu permulaan. Hasrat ini pernah aku luahkan kepada suami tercinta dan dia pun setuju. Yeah..Sebenarnya, aku pun tak tahu hobi suka membaca, dan menyimpan buku-buku ni aka warisi dari siapa, sebab aruah bapa dulu xsuka membaca pun. Mak pun tidak. Abang???. Ha, mustahil. Dia bukan jenis suka belajar. Dari suamai?????. Tak mungkin. Dia seangkatan dengan abang saya. Kalau pasal kereta & enjin serahkan kepada mereka saja itu memang bidangnya.

SHARE :

Nak buat macam ni ka??Emm, mungkin xla. Kos trlalu tinggi.


Macam dalam cerita Harry Potter plak.. :)


Mungkin yang macam ni. Sederhana..

Harap-harap satu hari nanti boleh ada perpustakaan sendiri..